PETALING JAYA – Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar mengesahkan kebakaran yang berlaku di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor.
Katanya menerusi kenyataan, aduan mengenai insiden berkenaan diterima pada pukul 8.23 pagi tadi dan kebakaran dikesan berpunca daripada saluran paip gas di kawasan berkenaan.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, media sosial kini dihujani perkongsian video mengenai kebakaran yang sedang berlaku.
Ada penduduk sekitar memaklumkan, seluruh Puchong dan Putra Heights kini dihujani batu pasir dan debu kesan daripada kebakaran tersebut. – KOSMO! ONLINE