fbpx

‘Kami reda walaupun jasad Fayyad ditemui tidak bernyawa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fakhri menunjukkan gambar Muhammad Fayyad yang ditemukan maut di Sungai Kupang pada semalam.

BALING – Doa pasangan suami isteri termakbul apabila jasad anak tunggal mereka, Muhammad Fayyad Affan Mohamad Fakhri, 4, ditemui semalam.

Nur Atikah Yusuf, 27, bersyukur anak kesayangannya itu akhirnya ditemui meskipun dalam keadaan jasad yang sudah tidak bernyawa.

“Saya dan suami, Mohd Fakhri Aziz, 30, dan seluruh ahli keluarga berharap kami dapat menemui Fayyad dalam keadaan masih hidup dan sihat seperti dia mula-mula hilang dari rumah, namun takdir Allah mengatasi segala-galanya dan kami reda dengan ketentuan ini.

“Sebelum ini kami tidak pernah berhenti berdoa, melakukan solat hajat serta pelbagai ikhtiar lain termasuk melaungkan azan di tepi Sungai Kupang sebelum mayatnya ditemui semalam,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat anaknya itu ditemukan di Sungai Kupang pada hari raya pertama, semalam.

“Alhamdulillah, jasad Fayyad ditemui kira-kira pukul 3 petang semalam dan doa kami dimakbulkan selepas saya dan suami melakukan solat hajat pukul 3 pagi semalam,” ujarnya.

Tambahnya, hari raya tahun lalu, Muhammad Fayyad sangat suka makan ketupat dan teruja setiap kali mahu menggayakan baju dan kasut baharu.

“Fayyad sangat manja dengan kami sekeluarga termasuk datuk dan neneknya kerana Fayyad juga merupakan cucu sulung mereka tetapi kini kami telah kehilangannya,” katanya.

Jenazah Fayyad akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam belakang Balai Polis Kupang selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI