fbpx

EPL: Fernandes tidak dibenarkan ‘angkat kaki’ – Amorim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bruno Fernandes (kiri) telah dikaitkan dengan perpindahan mega ke kelab La Liga, Real Madrid. - Foto ihsan Facebook Manchester United

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Ruben Amorim mengesahkan kapten, Bruno Fernandes tidak dibenarkan berhijrah ke mana-mana pasukan pada jendela perpindahan yang akan dibuka bermula Jun depan.

Sebagai rekod, Fernandes yang kini berusia 30 tahun telah dikaitkan untuk berhijrah ke Real Madrid dengan nilai perpindahan sebanyak £90 juta (RM516 juta) bakal ditawarkan.

Menurut Amorim, impak Fernandes ketika ini cukup luar biasa dan pasukan tidak terdesak untuk melepaskannya kerana bintang antarabangsa Portugal itu masih memiliki kontrak hingga 2027.

“Ini adalah cabaran pasukan pada jendela perpindahan nanti. Kita mungkin mengharungi musim yang sukar tetapi Fernandes kekal positif apabila menjadi pemain terbaik pasukan ketika ini.

“Saya rasa dia masih lagi muda dan belum mencapai kemuncak prestasi walaupun mampu memberikan bantuan jaringan dan meledak gol secara konsisten.

“Buat masa sekarang, kita tidak terdesak tambahan pulan Fernandes memang memiliki jiwa United seperti penyokong setia kami,” kata Amorim. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN