PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio mengakui pasukan perlu memberi fokus kepada diri sendiri dan berusaha untuk memastikan pintu gol mereka tidak dibocori pada aksi akan datang.
“Kami sentiasa bekerja keras di bahagian pertahanan agar tidak melepaskan sebarang gol kepada pasukan lawan.
“Tetapi inilah bola sepak yang mana jika anda bermain secara terlalu menyerang, kadang-kadang pasukan lawan memiliki ruang besar melakukan serangan di garis belakang.
“Secara keseluruhan, pasukan ini beraksi sangat baik di mana kami sentiasa menggerakkan bola dari satu sudut ke sudut lain, mencari pemain yang bebas bergerak dan mencipta ruang untuk mara ke depan,” katanya selepas menyaksikan pasukan menang 6-1 ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sabtu lepas.
Pada aksi di Stadium Darul Aman itu, pemain muda Sang Kenari, Afeeq Iqmal berjaya meledak gol menarik untuk menewaskan penjaga gawang Harimau Selatan, Ahmad Syihan Hazmi. – KOSMO! ONLINE