fbpx

Api setinggi 30m, cecah 1,000 darjah Celsius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran yang berlaku di Putra Heights, pagi ini. - Kredit foto Mrs Shafiq

PETALING JAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) memaklumkan, kebakaran di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya dekat sini pagi tadi mencecah suhu 1,000 darjah Celsius.

Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, ketinggian api juga mencatatkan sehingga 30 meter (m).

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights tidak ubah seperti lokasi ‘ground zero’ letupan bom.

Beberapa keping gambar yang dikongsikan pihak berkuasa serta video menunjukkan lokasi kebakaran tersebut membentuk sebuah lubang berdiameter puluhan meter.

Pengarah JBPM, Selangor Wan Razali Wan Ismail dilaporkan berkata, setakat ini sebanyak 190 buah rumah, 148 buah kereta dan 11 buah motosikal mengalami kerosakan akibat kebakaran serta haba panas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI