PETALING JAYA – Seorang jurugaya wanita berkongsi tugasnya membantu pelakon popular, Fattah Amin memakai samping songket, namun lain pula maklum balas diterima daripada orang ramai.
Menerusi TikTok itsnaddynad, dia bersama seorang lagi pembantu wanita memakaikan Fattah samping songket tersebut untuk satu sesi penggambaran.
“Kali ini kita pakaikan samping untuk abang long. Terima kasih Abang Fattah,” katanya.
Menerusi ruangan komen, ada yang mengkritik wanita tersebut selain ada pula mempersoalkan tugasnya sebagai jurugaya kepada pelakon lelaki.
“Tak ada pekerja lelaki ke?,” tanya seorang pengguna TikTok.
“Kenapa suruh perempuan yang tolong pakaikan, tak ada kawan lelaki kat situ?,” komen seorang individu.
Menjawab pertanyaan tersebut, jurugaya itu memaklumkan pada waktu itu, hanya dia seorang berada di situ.
“Saya seorang saja stylist (jurugaya) dekat situ. Team saya pun memang perempuan,” katanya.
Selain itu, ada juga pengguna TikTok lain yang menyebelahi wanita tersebut memandangkan ia adalah tugasnya sebagai seorang jurugaya.
“Artis lain tak ada pula yang bising. Bila tang Fattah Amin ramai yang bising. Kelakar lah kau orang ni,” komen seorang pengguna TikTok.
“Dia orang rasa tak selamat sebab sis pakaikan samping Fattah Amin. Dia orang nak pakaikan, tak boleh. Abaikan saja lah, yang penting kerja tetap jalan, dapat bayaran, selesai,” ujar individu lain. – KOSMO! ONLINE
@itsnaddynad Kali ni kita pakaikan sampin utk abang long..thank you abg fattah@FattahAmin #fyp #jakelmendonia #jakelrayamendonia #raya #fattahamin ♬ Raya Raya Raya – DOLLA