PETALING JAYA “Aduh siap usap kepala itu adik, mesti kering bulu roma.”
Itu antara komen yang ditinggalkan orang ramai ketika menonton video memaparkan dua anggota polis menegur seorang kanak-kanak yang tidak memakai topi keledar ketika membonceng motosikal.
Dalam video tersebut, kanak-kanak itu bersama seorang lelaki yang menunggang motosikal sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat, sebelum didatangi dua anggota polis peronda.
Video yang tular di TikTok itu meraih hampir satu juta tontonan dalam masa dua hari.
Tinjauan di ruangan komen, ramai yang berseloroh mengusik dua individu terbabit ketika berdepan dengan ‘abang polis’.
“Di setiap ada kamu mengapa jantungku berdetak…,” komen Syah.
“Mesti polis tu cakap, sabar ya dik kejap lagi hijau (warna lampu isyarat) la,” kata Imal.
“Jantung berdegup, adakah ini perasaan cinta,” gurau Grimm Reaper. – KOSMO! ONLINE