MIAMI – Pemain No. 1 dunia, Aryna Sabalenka membuktikan status sebagai bintang tenis terbaik dunia selepas menjuarai Terbuka Miami awal pagi tadi.
Pada aksi di Stadium Hard Rock itu, Sabalenka berjaya menewaskan pilihan keempat, Jessica Pegula dengan kemenangan straight set 7-5, 6-2 sekali gus membawa hadiah wang tunai sebanyak AS$1.12 juta (RM4.96 juta).
Sabalenka mengakui cukup teruja apabila dapat bangkit menjulang kejohanan berprestij itu buat kali pertama dalam kariernya selepas tewas pada Terbuka Australia, Januari lepas.
“Saya minta maaf kepada Pegula kerana kalau boleh, saya nak kongsi trofi ini bersama anda. Ini adalah perlawanan yang sengit dan saya terpaksa bekerja keras untuk menang.
“Saya tahu sukar untuk tewas pada aksi final tetapi saya harap kita akan berjumpa lagi di kejohanan lain selepas ini,” katanya. – AGENSI