fbpx

Perlu baiki taktikal benam beregu China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY (kanan) masih belum pasti diturunkan dalam kejohanan terdekat bergantung kepada tahap kecergasannya.

KETUA jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak percaya sekiranya Pearly Tan-M. Thinaah berjaya memperbaiki taktikal permainan yang konsisten dan membuat keputusan cepat, mereka tiada masalah untuk menandingi pasangan China.

Katanya, walaupun beregu No. 1 negara itu telah menunjukkan peningkatan dalam beberapa kejohanan sebelum ini tetapi masih ada aspek perlu diperbaiki, khususnya mengawal tekanan dan menyusun strategi permainan ketika berdepan lawan lebih agresif.

Di Orleans Masters baru-baru ini, pasangan No. 5 dunia itu tewas kepada beregu baharu China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian, satu kekalahan yang menambah rekod kurang baik mereka menentang lawan dari negara itu.

“Jika mereka dapat menyelesaikan masalah dengan pantas semasa perlawanan berlangsung, peluang untuk menang lebih tinggi. Tetapi jika tidak, mereka perlu bersaing dengan lawan yang mempunyai tahap permainan lebih baik.

“Ini antara cabaran kerana setiap pertandingan mempunyai masalah tersendiri. Mungkin wujud cabaran berbeza tetapi kita fokus aspek fizikal dan juga mental. Kita cuba memperbaikinya kerana itu adalah fokus utama,” kata Rosman.

Dalam perkembangan lain, Rosman berkata, keputusan sama ada Pearly akan diturunkan bertanding dalam kejohanan terdekat bergantung kepada tahap kecergasan dan perbincangan bersama pasukan kejurulatihan.

“Kami masih memantau keadaan kerana kecederaan tidak serius. Apapun, kami akan menilai keadaannya sebelum membuat keputusan mengenai penyertaannya dalam kejohanan akan datang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI