fbpx

Pelajar tingkatan 5 beraya maut dirempuh Toyota Hilux

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan Toyota Hilux dan Honda Accord yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Bukit Jeruk - Beting Lintang, Besut hari ini.

BESUT – Seorang pelajar tingkatan lima maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan melibatkan kereta Honda Accord dan sebuah kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux di Jalan Bukit Jeruk – Benting Lintang di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 12.34 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Nazriel Nu’man Mat Nawi, 17, yang berasal dari Kampung Gajah Mati, Semarak, Pasir Puteh, Kelantan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Dua rakannya yang berada turut berada di dalam kereta Honda Accord cedera parah manakala pasangan suami isteri dan dua anak mereka yang menaiki kenderaan Toyota Hilux juga cedera.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, sewaktu kejadian, kedua kenderaan dikatakan dalam perjalanan beraya pada 1 Syawal.

Beliau berkata, kenderaan Toyota Hilux dinaiki sebuah keluarga dikatakan dalam perjalanan ke Kampung Bintang, Setiu untuk beraya.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan Toyota Hilux tersebut dikatakan tiba-tiba kawalan akibat terlanggar bonggol lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Kenderaan itu kemudiannya merempuh kereta Honda Accord yang dinaiki empat sekawan termasuk mangsa (Muhammad Nazriel Nu’man),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI