fbpx

Malaysia, ASEAN dukung usaha bantu Myanmar – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar sewaktu menghubungi Min Aung Hlaing semalam.

PETALING JAYA – Malaysia dan ASEAN akan terus mendukung usaha bantuan kemanusiaan yang sedang giat dijalankan susulan bencana gempa bumi di Myanmar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk menerusi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang telah diatur gerak ke Myanmar pada awal hari ini bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan paling terkesan.

“Selain itu, satu misi kemanusiaan diketuai oleh Menteri Luar Negeri juga akan berlepas ke Myanmar dalam masa terdekat,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan telah menghubungi Jeneral Kanan Min Aung Hlaing pada semalam untuk menyampaikan ucapan takziah bagi pihak Malaysia susulan bencana gempa bumi di Myanmar

“Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia komited untuk berdiri bersama rakyat Myanmar dalam menghadapi saat sukar ini.

“Saya juga memaklumkan beliau mengenai Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN dianjurkan oleh Malaysia pada hari ini bagi mengerakkan sokongan ASEAN kepada Myanmar,” katanya.

Anwar berkata, beliau kemudian menghubungi rakan sejawat iaitu Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra bagi merakamkan rasa dukacita dan simpati yang terdalam atas bencana gempa bumi melanda negara tersebut.

“Pada kesempatan sama, saya turut membangkitkan beberapa perkara terkait kedua-dua negara, termasuk tekad berterusan ASEAN dalam memudah cara dan membantu Myanmar mencari jalan penyelesaian damai terhadap krisis di negara itu.

“Insya-Allah, perbualan kami pada hari ini akan disusuli dengan perbincangan lebih lanjut semasa lawatan kerja saya ke Bangkok pada 17 April ini atas jemputan beliau,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI