fbpx

Majlis pengebumian bertukar gembira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menghadiri majlis pengebumian Pongsaphak. - Facebook

BANGKOK – Majlis pengebumian seorang remaja di Thailand bertukar gembira apabila ibu bapanya mendapat tahu bahawa jasad tersebut bukan milik anak mereka, lapor laman berita Thaiger.

Pongsaphak Thaneerat, 17, sebaliknya sedang dirawat di hospital selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 26 Mac lalu.

Menurut Amarawadee Datekhao, selepas mendapat berita mengenai kemalangan jalan raya melibatkan anaknya, mereka sekeluarga bergegas ke hospital.

Disebabkan keadaan muka mayat yang hancur teruk dan menyukarkan proses pengecaman, Amarawadee dan suaminya meyakini mayat tersebut adalah anak mereka.

Mereka kemudian membawa pulang jasad ke rumah dan mengadakan upacara pengebumian sebelum mula mengesyaki bahawa ia bukan jasad Pongsaphak pada hari terakhir.

Selepas merujuk kepada pihak hospital mengenai kegusaran tersebut, mereka akhirnya diberitahu bahawa Pongsaphak sedang dirawat, manakala jasad tersebut adalah rakannya yang turut terlibat dalam nahas itu.

Pihak hospital menyatakan bahawa kedua-dua pesakit dimasukkan ke pusat perubatan itu tanpa sebarang dokumen pengenalan diri sehingga menyukarkan kakitangan perubatan untuk mengesahkan identiti mereka.

Kedua-dua keluarga berkata, mereka tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung kekeliruan itu, manakala keadaan Pongsaphak dilaporkan semakin pulih. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI