fbpx

Jasad budak dipercayai Fayyad Affan ditemukan di Sungai Kupang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat budak lelaki dipercayai Muhammad Fayyad Affan ditemukan di Sungai Kupang, Baling petang ini. - Foto JBPM Kedah

BALING – Operasi pencarian kanak-kanak autistik yang hilang dari rumahnya di Kuarters Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kampung Landak Paya, Kupang, di sini sejak Jumaat lalu akhirnya ditemukan di Sungai Kupang, petang ini.

Jasad kanak-kanak dipercayai Muhammad Fayyad Affan Mohamad Fakhri, 4, ditemukan di kawasan sungai itu kira-kira pukul 3.15 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Azmi Mokhtar berkata, mayat mangsa ditemui oleh ahli keluarga kanak-kanak terbabit yang turut melakukan pencarian di sungai tersebut.

“Jasad mangsa ditemui di kawasan sungai terletak kira-kira 500 meter dari rumah didiami mangsa.

“Berdasarkan keadaan fizikal mayat itu, ia dipercayai kanak-kanak yang hilang tersebut,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mayat mangsa akan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.15 petang tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, kita dimaklumkan tentang penemuan mayat mangsa oleh ahli keluarga dan penduduk kampung di dalam sungai.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambahnya, anggota BBP Baling melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan sungai berkenaan dari pagi hingga tengah hari tadi.

“Selepas anggota pulang ke balai, seramai kira-kira lapan ahli keluarga mangsa turun pula untuk mencari dan akhirnya berjaya menemui mangsa lalu menghubungi pihak berkuasa,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI