fbpx

Jadi, apa warna baju raya paling popular tahun ini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Sambutan hari pertama Aidilfitri sudah hampir ke penghujungnya, namun warna baju raya paling popular tahun ini masih menjadi perdebatan.

Rata-rata orang ramai ‘mempertahankan’ warna pilihan masing-masing sebagai popular, malah ada yang mengakui sedaya upaya memilih warna yang kurang popular sebagai tema sekeluarga.

Menerusi media sosial, ada juga yang cuba mendapatkan ‘undian’ bagi mengenal pasti warna yang selayaknya dinobatkan sebagai popular sehingga mengundang pelbagai jawapan.

“Merah hati ramai tahun ni,” kata seorang netizen.

“Serius la, sana sini tgk ‘baby blue’,” ujar netizen yang lain.

“Dekat Rembau bersepah ungu termasuk keluarga besar saya,” kongsi Yasmin Yusof. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI