fbpx

Cuaca baik seluruh negara pagi ini, boleh berjalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan cuaca dalam keadaan baik dan tiada hujan di kebanyakan kawasan di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak pada pagi ini.

MetMalaysia menerusi YouTube melaporkan, hujan hanya berlaku di beberapa kawasan yang dijangka beransur reda tidak lama lagi.

“Kebanyakan kawasan di Semenanjung pada pagi raya ini dalam keadaan baik dan tiada hujan.

“Hujan kini hanya diperhatikan di Pontian dan Johor Bahru, Johor serta dijangka bergerak memasuki Kluang dan Kota Tinggi tidak lama lagi. Keadaan ini diramalkan beransur reda menjelang lewat pagi nanti,” katanya hari ini.

Bagi negeri Sabah dan Sarawak, cuaca kelihatan baik pada pagi ini di kebanyakan kawasan di kedua-dua negeri.

“Hujan renyai hanya diperhatikan di Sibu, Sarikei dan Mukah di Sarawak serta dijangka beransur reda tidak lama lagi,” menurut MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI