fbpx

Agong, Raja Permaisuri berkenan solat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan hadir bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan. FOTO FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah pada pukul 8.15 pagi diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim, baginda berkenan mendengar khutbah Aidilfitri bertajuk ‘Berdamai Dalam Dakapan Syawal’ dan kemudian mendirikan solat sunat yang diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr. Luqman Abdullah.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan bersalaman dengan jemaah yang hadir selesai menunaikan solat.

Solat sunat Aidilfitri turut disertai kira-kira 1,500 jemaah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI