fbpx

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis Aidilfitri selepas solat raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah, berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara, hari ini. FOTO FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Istana Negara selepas selesai menunaikan solat sunat raya pagi tadi.

Majlis berkenaan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anggota Jemaah Menteri.

Turut hadir, Ketua-Ketua Perwakilan Asing di Malaysia dan pegawai kanan kerajaan serta kakitangan Istana Negara.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim memaklumkan, Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan para tetamu yang hadir.

Terdahulu, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI