BANGKOK – Seorang wanita melahirkan anak di tepi jalan di Bangkok beberapa minit selepas gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 menggegarkan Myanmar, lapor portal berita VNExpress semalam.
Gempa cetek itu mencetuskan gegaran ke seluruh Asia Tenggara termasuk ibu negara Thailand kelmarin.
Rakaman dimuat naik di laman X oleh akaun @i30199 memaparkan wanita itu dibawa keluar dari hospital ketika gempa bumi berlaku.
Meskipun panik, beberapa kakitangan segera berkumpul dan membantu wanita berkenaan bersalin di tepi jalan.
Menurut saksi, ramai pesakit dibawa ke kaki lima dengan pengusung serta kerusi roda kerana bimbang bangunan runtuh.
Klip video tersebut mencatatkan lebih 21,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Bayi itu perlu dinamakan sebagai ‘Harapan’,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI