fbpx

[VIDEO] Esok nak raya, rumah kena rempuh bas pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan sebuah bas ekspres merempuh sebuah rumah dalam kejadian di Kampung Sawah, Mersing awal pagi tadi.

MERSING – Lima sekeluarga berdepan detik cemas apabila rumah mereka dirempuh sebuah bas ekspres dalam kejadian di Kampung Sawah di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi, difahamkan bas ekspres yang dipenuhi penumpang itu dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju ke Rantau Panjang, Kelantan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila bas terbabit dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan di hadapannya yang memasuki simpang secara tiba-tiba.

Kesemua penumpang bas dan penghuni rumah tersebut dilaporkan terselamat.

Terdahulu, tular di laman sosial Facebook Anak Mersing gambar dan video berkaitan kemalangan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI