PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan kanak-kanak di Gaza mengalunkan takbir raya di jalanan menyentuh hati orang ramai.
Menerusi sebuah video yang dikongsi wartawan warga Palestin, Muhammad Smiry di laman X, kira-kira 20 orang kanak-kanak berjalan sambil membaca takbir raya menggunakan alat pembesar suara.
“Eid Mubarak dari Gaza! Ps: ramai kanak-kanak dibunuh malam ini,” tulis hantaran itu.
Tinjauan di ruang komen rata-rata pengguna turut mendoakan agar keamanan terus terbela buat penduduk Gaza.
“Eid Mubarak, semoga keamanan berlaku,” kata Saba.
“Eid Mubarak kepada semua saudara dan saudari, khususnya di Palestin, dan saya berdoa kepada Allah untuk mengurniakan kemenangan dalam perjuangan anda,” kata Doszandos.
“Ya Allah, kami memohon kepada-Mu untuk mengangkat malapetaka ini dari Gaza, meringankan kesusahan ini, dan memadamkan peperangan ini,” tulis MilenniumWriter.
Terdahulu, Arab Saudi dan beberapa negara Arab Teluk yang lain menyambut 1 Syawal hari ini.
Baru-baru ini, Hamas menyokong cadangan gencatan senjata baharu untuk Gaza yang akan menyaksikan lima lagi tebusan Israel dibebaskan sebagai pertukaran untuk gencatan senjata selama 50 hari. – KOSMO! ONLINE
Eid Mubarak from Gaza!
Ps: many children were killed this night. pic.twitter.com/gJYs92s3mN
— Muhammad Smiry 🇵🇸 (@MuhammadSmiry) March 30, 2025