fbpx

Treler nahas ragut lima nyawa di Kluang ada empat rekod JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aedy Fadly (tengah) mengadakan pemantauan dan pemeriksaan bas di Terminal Meru Raya, Ipoh semalam.

IPOH – Treler muatan mesin yang terlibat nahas meragut lima nyawa termasuk tiga beranak di Kilometer 58.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan dekat Kluang, Johor kelmarin memiliki empat rekod kesalahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kesalahan yang dikesan adalah melibatkan dua kes gagal patuhi notis arah pemeriksaan berkala selain satu kes kerana membawa muatan secara tidak selamat dan membawa muatan menjulur melebihi badan kenderaan.

Bagaimanapun katanya, kesalahan yang direkodkan antara 2017 hingga 2022 itu telah pun diselesaikan oleh pemilik kenderaan.

“Selain itu, pemandu treler berusia 35 tahun itu juga mempunyai dua kes trafik yang masih aktif iaitu abaikan isyarat lalu lintas dan larangan memotong,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemantauan dan pemeriksaan bas di Terminal Meru Raya, di sini semalam.

Menurut Aedy Fadly, susulan kes kemalangan itu, JPJ telah membuka kertas siasatan dan melakukan Laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) terhadap syarikat kenderaan perdagangan berkenaan.

Beliau berkata, siasatan mendapati kenderaan itu boleh dikenakan tindakan sitaan dan lucut hak kerana gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 (Akta 715).

“Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah gagal selenggara kenderaan dengan baik dan boleh guna (Seksyen 58 (1)(a) APAD 2010), gagal memberi keutamaan yang paling tinggi kepada pengguna jalan raya yang lain (Seksyen 58 (1)(b) APAD 2010) dan tidak mematuhi syarat dalam keperluan tahap perkhidmatan bagi kenderaan barangan tahun 2024 (Seksyen 57 (1) APAD 2010).

“Mengikut Seksyen 58 dan 57 APAD 2010, sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM1,000 tetapi tidak lebih RM500,000 atau di penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya,” ujar beliau.

Mengenai dakwaan kemungkinan kenderaan terlibat menggunakan tayar celup yang tidak mematuhi standard, Aedy Fadly berkata, perkara itu masih belum dapat dipastikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI