PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan tinggi di beberapa lebuh raya utama ekoran pertambahan kenderaan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada hari esok.
Menerusi tinjauan di televisyen litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat pukul 9.15 pagi tadi, trafik dilaporkan perlahan dari arah timur iaitu di susur masuk Plaza Tol Gombak dan Genting Sempah ke Bentong.
Di Lebuh Raya Utara-Selatan, trafik dilaporkan perlahan arah utara iaitu dari Slim River ke Sungkai.
Bagaimanapun, trafik kelihatan lancar bagi arah selatan meskipun terdapat pertambahan kenderaan sejak awal pagi tadi. – KOSMO! ONLINE