fbpx

Tang Jie mampu sehebat Seung-jae

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG JIE tidak lagi berpasangan dengan Toh Ee Wei dalam acara beregu campuran selepas dipisahkan BAM kelmarin.

PEMAIN beregu negara, Chen Tang Jie kini memiliki peluang keemasan untuk membuktikan kehebatannya beraksi dalam dua kategori, mencontohi bintang Korea Selatan, Seo Seung-jae yang berjaya mengekalkan prestasi di peringkat tertinggi.

Seung-jae sendiri menjadi bukti bagaimana seorang pemain boleh cemerlang menguasai dua kategori meskipun beberapa kali bertukar pasangan dalam beregu lelaki serta campuran tanpa menjejaskan mutu permainannya.

Langkah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membenarkan Tang Jie mencuba kombinasi baharu dalam dua acara memberi peluang kepadanya untuk mengorak langkah ke arah kejayaan yang sama.

Tang Jie akan menguji kombinasi baharunya di Terbuka Taiwan bermula 6 hingga 11 Mei ini dan Terbuka Thailand dari 13 hingga 18 Mei.

Menurut Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky, permintaan Tang Jie beraksi dalam dua kategori telah dipertimbangkan selepas perbincangan antara ketua jurulatih beregu campuran, Nova Widianto dan Herry Iman Pierngadi (beregu lelaki).

“Ya, memang untuk Tang Jie, dia ada minta untuk bermain dalam dua kategori iaitu beregu campuran dan beregu lelaki. Nova tidak membuat keputusan sendiri tetapi dia memberikan kesempatan kepada Tang Jie untuk berbincang dengan Herry.

“Herry berbincang dengan saya dan dia bersetuju untuk mencari pasangan yang sesuai bagi Tang Jie,” kata Rexy.

Keputusan itu bakal memberi cabaran baharu kepada Tang Jie, namun sejarah membuktikan pemain yang mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai kategori masih boleh meraih kejayaan dan kini terpulang kepada dirinya untuk membuktikan potensinya di pentas antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI