GEORGE TOWN – Tujuh beranak sanggup hidup dalam serba kedaifan di sebuah rumah setinggan seluas 100 kaki persegi (30 meter) di kawasan Permatang Damar Laut di sini bagi meneruskan kehidupan harian mereka sekeluarga.
Situasi yang dilalui Hasrizal Mehad bersama isteri dan lima anaknya termasuk seorang bayi yang baru lahir akhirnya mendapat perhatian Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin apabila berkunjung sendiri ke kediaman yang dihuni anak-beranak itu, baru-baru ini.
Menurut Tze Tzin, pihaknya dimaklumkan mengenai keluarga tersebut daripada jiran memandangkan mereka tidak pernah mendapatkan sebarang bantuan dari sesiapa termasuk daripada pejabat beliau sendiri.
“Seorang ayah berusia 47 tahun terpaksa bekerja keras di sebuah gudang di Batu Maung dengan gaji pokok RM1,700 sebulan demi menyara enam ahli keluarganya termasuk seorang bayi yang baru lahir.
“Setiap hari pergi kerja, pukul 8 pagi dia (Hasrizal) dah (sudah) keluar naik kapcai. Tapi, baru-baru ni motornya rosak, nak (hendak) baiki kena keluarkan RM500. Memang dia tak mampu.
“Bagaimanapun saya bersyukur kerana kami dapat mengumpul dana lebih RM26,000 dalam tempoh 24 jam untuk bantu keluarga ini memulakan hidup baru.
“Saya gunakan dana ini untuk mendapatkan sebuah unit perumahan kerajaan negeri bersaiz 700 kaki persegi untuk mereka dam selesaikan bayar rumah, bil elektrik serta air selama tiga tahun termasuk membantu Hasrizal mencari pekerjaan dan memasukkan anak-anak ke kursus TVET untuk mereka belajar kemahiran baru,” katanya.
Tambahnya, keluarga tersebut turut diberikan sebuah motosikal untuk berulang ke tempat kerja. – KOSMO! ONLINE
@yb.simKatil Basah Untuk 7 Orang 😭 Kita berjaya mengumpul RM26,000 dalam masa 24 jam! 👏🏼. Bulan Ramadan mendidik kita untuk sedar bahawa ada ramai orang yang hidup serba kekurangan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kadang-kadang kita lupa yang kita sentiasa dikurniakan nikmat rezeki yang melimpah ruah 🥹. Seorang ayah, Hasrizal, 47, bekerja keras demi menyara 6 orang ahli keluarganya termasuk seorang bayi yang baru saja lahir. Gaji pokok dia hanya RM1,700 sebulan😔. Setiap hari pergi kerja, pukul 8 pagi dia dah keluar naik kapcai. Tapi baru-baru ni motonya rosak, nak baiki kena keluarkan RM500. Memang dia tak mampu. Jadi dia terpaksa menapak selama 1.5 jam ke tempat kerja, dan 1.5 jam lagi untuk balik ke rumah semata-mata untuk survive🥺. Setiap satu sen dikira, jadi RM500 tu lebih baik digunakan untuk meletakkan makanan di atas meja. Keluarga Hasrizal menetap di sebuah rumah setinggan seluas 100 kaki persegi bersebelahan airport Penang Pematang Damar Laut . Mereka duduk dalam satu bilik kecil yang atapnya sentiasa bocor bila hujan. Bayangkan katil mereka basah, lantai rumah berlecak, tapi mereka tetap tak ada pilihan. Mereka terpaksa tidur di atas katil basah dan di bawah teduhan payung kecil😭. Ketika saya datang melawat, saya nampak 2 orang anaknya hanya berkaki ayam. Saya pun tanya kenapa tak pakai selipar? Si ibu, Mazmin menjawab getah selipar mereka baru je putus. Nak beli sepasang harga dah RM8, mana mereka mampu. Harga RM8 tu dah sama macam harga makanan untuk 3 orang. Jadi daripada beli selipar, lebih baik beli makanan🥺. Hati saya pilu mendengar kata-kata Mazmin. Siapa sangka nilai RM8 itu begitu besar buat keluarga ini. Jadi saya pun tanya, bulan Ramadan ini mereka ada makanan yang cukup tak untuk berbuka? Mazmin beritahu saya, setiap hari adalah Ramadan bagi mereka. “Sehari kami hanya makan sekali je YB. Kadang-kadang saya tak makan sebab kena pastikan anak-anak makan dulu. Orang dewasa tak makan takpe tapi anak-anak memang tak boleh. Sampai saya sendiri tak dapat nak hasilkan susu untuk bayi saya. Tapi nasib baik ada jiran-jiran yang baik hati. Mereka selalu pastikan saya ada makanan.” 😭 Disebabkan miskin tegar, dua anak mereka terpaksa berhenti sekolah. Mereka terpaksa berkorban untuk memberi laluan kepada adik bongsu lelaki menamatkan persekolahan. Mazmin kata mereka hanya mampu tampung kos persekolahan untuk seorang saja. Jadi dua beradik ni akan pergi memancing ikan pada masa lapang. Kalau bernasib baik, dapatlah bawa pulang seekor ikan. Keluarga ini tak pernah mendapatkan bantuan dari sesiapa, malah pejabat saya sendiri. Kes mereka telah lama berada di bawah radar, namun mujur ada jiran yang memberitahu kami tentang mereka. Syukur kerana kami dapat mengumpul dana lebih RM26,000 dalam tempoh 24 jam untuk bantu keluarga ini memulakan hidup baru 👍🏻. Saya gunakan dana ini untuk mendapatkan 1 unit perumahan kerajaan negeri bersaiz 700 kaki persegi dengan 3 bilik tidur dan 1 bilik air untuk mereka. Saya bawa satu keluarga ini ke rumah baru dan kemudian buat surprise dengan menyerahkan kunci kepada mereka. Saya cakap mulai hari ini, keluarga abang dan kakak dah tak perlu tidur atas katil basah lagi. Mereka sudah ada sebuah mahligai untuk didiami 🏰. Saya akan settlekan bayar rumah, bil elektrik dan air selama 3 tahun👍🏻. Saya juga akan bantu Hasrizal untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi👍🏻 dan memasukkan anak-anak ke kursus TVET untuk mereka belajar kemahiran baru👍🏻. Moto baru pun saya belikan satu supaya dia tak perlu lagi berjalan kaki ke tempat kerja🏍. Saya buat semua ini supaya mereka boleh pulih dan bina semula hidup mereka perlahan-lahan. Hasziral dan Mazmin menangis memuji Allah. Mereka kata inilah hadiah Ramadan terindah dan paling bernilai buat mereka sekeluarga🤲🏻. Memandangkan Hari Raya dah nak dekat, saya tanya Hasrizal bila kali terakhir mereka shopping raya. Sambil menangis Hasrizal beritahu setiap tahun mereka hanya mengharapkan sumbangan pakaian lama daripada orang ramai. Nasib