fbpx

Sesak masuk Plaza Tol Gombak, lancar di Genting Sempah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV LLM memaparkan kesesakan di beberapa laluan di Karak.

PETALING JAYA – Trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak dilaporkan lancar dan terkawal setakat pukul 1 petang ini meski pun terdapat pertambahan kenderaan sejak pagi.

Menerusi tinjauan Kosmo! di televisyen litar tertutup Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) trafik dilaporkan lancar dan masih terkawal di Genting Sempah menuju ke Bentong.

Bagaimanapun, aliran trafik dilaporkan sesak di Plaza Tol Gombak ekoran pertambahan kenderaan yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.

Di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, trafik juga dilaporkan lancar dari Rawang, Slim River, Sungkai, Bidor dan Tapah.

Tinjauan di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan pula mendapati trafik lancar di beberapa lokasi seperti Bangi, Southville, Nilai dan Seremban. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI