fbpx

[VIDEO] Saya orang Malaysia, Jerantut – Abang belon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di Facebook Shahidan memaparkan keadaan terkini Abang Belon.

PETALING JAYA – “Saya orang Malaysia, saya asal Jerantut, Pahang,” ujar seorang pemuda dikenali sebagai ‘abang belon’.

Pemuda tersebut baru-baru ini tular kerana bergelut dengan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu insiden di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Menerusi satu video dimuat naik, ketika ditanya oleh pegawai kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tentang kewarganegaraannya, Abang belon mengakui dia merupakan rakyat Malaysia dan berasal dari Jerantut, Pahang.

Abang belon juga berkata, hanya dengan berniaga, dirinya dapat membantu menyara keluarganya serta merawat penyakit angin pasang yang dihidapi.

“Saya ni ada sakit, ada angin pasang, saya nak cari duit lebih sikit untuk (rawat) angin pasang, satu lagi untuk (persediaan) raya.

“Saya punya kemahiran berniaga je yang saya boleh. Sebab saya memang minat berniaga je. Dan saya ada adik yang masih belajar,” luahnya.

Abang belon juga berkata akibat insiden pergelutan itu, dia mengalami patah tulang belakang dan sedang menerima rawatan di Hospital Serdang, Selangor.

“Tulang belakang patah tok, baru lepas ‘scan’ (imbas) x-ray,” katanya.

Dalam pada itu, abang belon turut menafikan kenyataan DBKL yang berkata pihak penguat kuasa telah menghalaunya beberapa kali sebelum kejadian berlaku.

“Tak ada, tidak sama sekali, tidak betul. Saya nak jumpa dorang (DBKL) pun saya takut, kalau saya nak jumpa dorang pun barang saya kena rampas.

“Sebab saya berniaga tak berlesen. Saya nak mohon lesen tapi saya takut tahu prosedur dia macam mana,” katanya.

Terdahulu, DBKL mendakwa insiden kekasaran itu bermula apabila peniaga tanpa lesen–yang dirujuk sebagai abang Belon di media sosial–menolak penguat kuasa dan tidak mengendahkan arahan beredar kerana mengganggu lalu-lintas.

DBKL mendakwa penguatkuasanya cuma mahu menenangkan dan memisahkan penjaja terbabit daripada terus mengasari petugas penguat kuasa. – KOSMO! ONLINE

@shahidankassim_fans doa rakyat Malaysia bersama abang belon #fyp #abangbelonrakyatmalaysia ♬ original sound – Fans DS Dr Shahidan Kassim

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI