fbpx

Rindu nasi tomato isteri pagi Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir (bukan nama sebenar) teringatkan nasi tomato yang isteri selalu buat pada pagi hari raya dan nasi impit serta kuah kacang daripada ibu ketika hari raya.

SEREMBAN – Setiap kali menjelang Syawal, hanya air mata menemani kerinduan banduan yang menghuni di Pusat Reintegrasi Penghuni Mantin, di sini.

Seorang banduan, Amir (bukan nama sebenar), 42, Dari Kemaman, Terengganu berkata, tahun ini merupakan tahun ketiga dia beraya di dalam penjara atas kesalahan dadah.

“Sebelum ini saya ditempatkan di Penjara Marang, dan baharu sahaja ditukarkan ke sini Pusat sejak tiga bulan lalu.

“Sedih memanglah sedih kerana teringatkan nasi tomato yang isteri selalu buat pada pagi hari raya dan nasi impit serta kuah kacang daripada ibu,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Pak Long (bukan nama sebenar) dari Jawa Timur, Indonesia, meluahkan kesedihannya apabila menyambut Aidilfitri buat kali pertama kali di penjara.

Lelaki berusia 42 tahun itu menyifatkan sabitan hukuman penjara dua tahun kerana kesalahan memiliki dadah dan tiada dokumen perjalanan sah amat memeritkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI