fbpx

Ribut petir di 10 negeri sebelum berbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di 10 negeri sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk itu melibatkan Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar).

Ujarnya, di Pantai Timur pula, hujan lebat dijangka di Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin).

“Hujan lebat diramal di Selangor (Hulu Langat), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) dan Melaka (Alor Gajah dan Jasin).

“Cuaca yang sama turut dijangka di Johor (Tangkak, Muar, Mersing dan Kota Tinggi),” katanya.

Dalam pada itu, MetMalaysia berkata Sarawak diramal hujan lebat dengan melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang.

“Kawasan di Sabah yang dilanda ribut petir pula adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Beluran),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI