fbpx

Raya tak seronok kalau ada ibu bapa panas baran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hari Raya Aidilfitri  yang sepatutnya disambut dengan meriah dan gembira bersama keluarga boleh bertukar menjadi suram sekiranya ada ahli keluarga yang panas baran.

Menerusi perkongsian pengguna aplikasi Thread, dia perlu menghadapi situasi tersebut setiap kali sambutan Aidilfitri disebabkan bapanya seorang yang panas baran.

Katanya, sejak kecil lelaki itu sering marah di pagi raya selain tidak mahu sepakat memakai baju raya dengan tema yang sama.

“Orang pakai baju raya satu keluarga, dia (bapa) pakai jubah. Orang ajak ambil (rakam) gambar, dia cakap dia malas. Lepas itu marah tak tentu pasal.

“Masa saya remaja, dia selalu buat hal sendiri. Dia hantar kami balik kampung, lepas itu dia balik pagi raya sebab nak buat hal sendiri,” luah pengguna media sosial itu.

Jelasnya, bapanya lebih suka beraya tanpa isteri dan anak-anak atau beraya di rumah keluarganya berbanding berkumpul beramai-ramai bersama ahli keluarga yang lain di rumah mentua.

“Ada juga (masa) raya dia sengaja pergi umrah, pergi melancong. Pergi pun tak beritahu isteri dan anak-anak. Tahu-tahu bawa beg dan dah tiada.

“Ada satu tahun tu, kita beli kain nak buat baju raya. Sambil ibu nak pilih kain, dia (bapa) jerkah dan marah ibu depan orang ramai sebab lama sangat pilih kain. Terkesan sangat,” katanya.

Baginya, hari raya yang paling seronok dan bererti adalah apabila sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak-anak kerana dia akan menyediakan segala-galanya untuk keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI