fbpx

Polis Melaka tumpaskan sindiket dadah, 144 individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN individu termasuk pengedar dan penagih dadah yang berjaya ditahan dalam operasi besar-besaran Op Sarang yang digerakkan seluruh negeri dari 27 Mac hingga semalam.

MELAKA – Seramai 144 individu termasuk pengedar dan penagih dadah berjaya ditahan dalam operasi besar-besaran Op Sarang yang digerakkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah serta balai polis seluruh negeri dari 27 Mac hingga semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, operasi bersepadu itu melibatkan 142 serbuan di seluruh negeri dengan seramai 244 individu diperiksa dan hasil operasi tersebut, 144 individu ditahan atas pelbagai kesalahan narkotik.

“Untuk kesalahan pengedaran dadah, seramai tujuh individu ditahan termasuk empat suspek di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala tiga lagi mengikut Seksyen 39A(1) akta sama.

“Bagi kesalahan memiliki dadah, 39 individu ditahan termasuk 27 mengikut Seksyen 12(2), dua di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, dan 10 suspek lagi mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah beliau, seramai 12 individu dikehendaki polis turut ditahan atas pelbagai kesalahan dadah selain 86 lagi didapati positif ujian saringan air kencing di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Operasi tersebut turut menyaksikan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM3,145, termasuk heroin seberat 39.32 gram, syabu seberat 9.13 gram, ganja seberat 3.70 gram, cecair ketamin sebanyak 1.03 liter, air ketum sebanyak 31.40 liter, dan daun ketum seberat 3 kilogram,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI