fbpx

Piala FA: Villa mahu tamat kemarau 68 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASENSIO (tengah) menjadi sandaran Villa untuk merobek gawang Preston untuk aksi suku akhir Piala FA malam ini. - AFP

LONDON – Pengurus Aston Villa, Unai Emery mengharapkan magis pemain sensasi, Marco Asensio bagi membantu misi pasukan menang ke atas Preston North End pada aksi suku akhir Piala FA malam ini.

Sebagai rekod, Villa terdesak untuk menamatkan penantian 68 tahun selepas kali terakhir bergelar juara Piala FA pada edisi 1957.

Kata Emery, kehadiran Asensio yang dipinjamkan daripada gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) cukup penting kerana dia memberi sengat tambahan buat jentera serangan pasukan.

“Kita sememangnya menagih sentuhan Asensio yang begitu cemerlang sejak tiba bersama pasukan pada Januari lalu. Dia dan Marcus Rashford tidak menunggu lama untuk menyesuaikan diri bersama rakan-rakan.

“Kini, pasukan sedang mengharungi fasa yang mencabar dan saya harap pasukan tidak sekadar berpuas hati dengan layak ke suku akhir sebaliknya fokus untuk mencari jalan menjulang trofi musim ini,” kata Emery.

Mengulas lanjut, bekas pengendali Arsenal itu mahu pasukan tampil lebih konsisten apabila turut bersaing dalam peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selain berusaha untuk mendaki carta Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

“Kelemahan pasukan musim ini adalah kita tidak beraksi dengan konsisten. Namun, kita masih ada ruang untuk memperbaiki kelemahan tersebut dengan memberi tumpuan pada setiap baki perlawanan diharungi nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI