LONDON – Penyerang kontroversi, Marcus Rashford mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk membantu Aston Villa mara ke separuh akhir Piala FA musim ini.
Pada aksi suku akhir bertemu Preston North End sebentar tadi, Villa berjaya melakar kemenangan 3-0 sekali gus mencerahkan peluang untuk menamatkan kejuaraan Piala FA buat kali pertama dalam tempoh 68 tahun.
Rashford yang dipinjamkan daripada kelab Manchester United sejak Januari lepas berjaya meledak dua gol pada minit ke-58 dan minit ke-63.
Pemain tengah, Jacob Ramsey melengkapkan kemenangan bergaya pasukan pelawat dan membawa Villa ke saingan separuh akhir di Stadium Wembley bulan depan.
Ini adalahkan kali pertama Villa layak ke separuh akhir Piala FA dalam tempoh 10 tahun ketika bergelar naib juara edisi 2015. – AGENSI