fbpx

Piala FA: Nottingham Forest akhiri badi 34 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Nottingham Forest meraikan kemenangan ke atas Brighton pada aksi suku akhir Piala FA semalam. - Foto ihsan Facebook Nottingham Forest

LONDON – Pengendali Nottingham Forest, Nuno Espirito Santo mengakui gembira melihat pasukannya berjaya menamatkan penantian 34 tahun untuk mara ke separuh akhir Piala FA musim ini.

Pada aksi suku akhir awal pagi tadi, Forest berjaya menewaskan Brighton menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 selepas saingan berakhir 0-0 sehingga tamat 120 minit perlawanan.

Penjaga gol Forest, Matz Sels muncul wira apabila menyelamatkan sepakan yang dilakukan oleh pemain tuan rumah, Jack Hinshelwood dan Diego Gomez untuk membawa pasukan ke Wembley buat kali pertama sejak 1991.

“Pujian wajar diberikan kepada semua pemain tidak kira penjaga gol atau yang mengambil sepakan penalti.

“Kejayaan mara ke separuh akhir Piala FA adalah detik bersejarah buat pasukan ini dan saya pasti ia dapat menaikkan lagi semangat pemain untuk kekal konsisten sehingga penghujung musim nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI