fbpx

Pesawat terhempas atas rumah, cetus kebakaran besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sebuah rumah hangus dijilat api di Brooklyn Park, Minnesota semalam. - Storyful

SAINT PAUL, MINNESOTA – Sebuah pesawat ringan merempuh sebuah rumah di negeri Minnesota, Amerika Syarikat (AS), dan mengorbankan semua penumpang, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 12.20 tengah hari (waktu tempatan) di Brooklyn Park berhampiran bandar Minneapolis. 

Rakaman dimuat naik di media sosial memaparkan pesawat itu terhempas sebelum merempuh sebuah rumah sehingga mencetuskan kebakaran besar. 

Rumah tersebut musnah dalam beberapa minit akibat dijilat api. 

Penduduk tempatan di kawasan sekitar telah dipindahkan sehingga kebakaran berjaya dikawal, demikian menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).  

“Semua penumpang dipercayai terkorban tetapi jumlahnya masih belum diketahui. 

“Tiada orang berada di dalam rumah semasa kejadian,” kata FAA. 

Pesawat ringan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Des Moines di Iowa dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Anoke County-Blaine, Minneapolis. 

“Pesawat tersebut adalah jenis SOCATA TBM-700 yang mampu membawa sehingga enam orang. 

“Siasatan sedang giat dijalankan,” tambah FAA. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI