fbpx

Pemilik akaun Facebook, Muhamad Harun diminta tampil ke balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANTARAN yang dibuat pemilik akaun Facebook bernama Muhamad Harun di laman Facebook Bera Unite.

BERA – Polis meminta pemilik akaun Facebook bernama Muhamad Harun yang memuat naik dakwaan bahawa polis hanya mengenakan tindakan terhadap orang Melayu tetapi tidak menahan penunggang motosikal Cina yang tidak memakai topi keledar agar tampil memberi maklumat lanjut.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, tindakan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan/233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) 1998 akan dikenakan jika individu berkenaan gagal memberi kerjasama kepada polis.

“Individu berkenaan diminta segera tampil ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bera atau mana-mana balai polis berhampiran serta memberikan maklumat lebih lengkap berhubung kenyataan yang dibuat.

“Ini bagi membantu polis menjalankan siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zulkiflee kira-kira pukul 9 malam semalam pihak polis IPD Bera mendapati pemilik akaun di laman Facebook Bera Unite yang bernama Muhamad Harun telah memuat naik satu hantaran dalam laman Facebook Bera Unite.

Katanya, hantaran berkenaan menyatakan polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) tidak menahan dua orang Cina yang tidak memakai topi keledar tetapi hanya menahan dua buah motosikal dinaiki oleh orang Melayu sehingga motosikal mereka terpaksa ditolak ke balai polis.

Jelasnya, individu berkenaan juga turut mempersoalkan kenapa undang-undang itu hanya untuk orang Melayu dan turut mendakwa kejadian yang sama sering berlaku di Triang di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI