fbpx

Panas hati tengok Shima ‘buat’ muka persis remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAJAH Shima, sebelum dan selepas membuat rawatan kecantikan di sebuah klinik.

PERKONGSIAN sebuah pusat rawatan yang menunjukkan perubahan pada wajah penyanyi senior Shima selepas menjalani prosedur kecantikan mengundang kejutan.

Reaksi positif dan negatif dizahirkan peminat apabila melihat tiada lagi garis halus kedutan pada wajah wanita berusia 56 tahun itu.

Banyak perbezaan dapat dilihat pada penampilan terkini pemilik nama sebenar Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman yang terkenal dengan lagu Teringin itu.

Perkongsian video di akaun Tiktok milik pusat kecantikan terbabit dibanjiri komen termasuk mempertikai kemampuannya untuk menjalani prosedur tersebut.

Ikutkan sebelum ini penyanyi popular era 1990-an itu berdepan masalah kewangan apabila ada pelbagai masalah kesihatan hingga sukar bekerja.

Begitupun, wakil klinik yang bertanggungjawab melaksanakan rawatan berkenaan memaklumkan pihak mereka yang menjaga keseluruhan kos rawatan.

Rawatan Liquid Lift itu merupakan proses peremajaan wajah tanpa pembedahan yang menggunakan pengisi kulit agar nampak kembali muda.

DIVA: Ada selebriti mati-mati tak mengaku ‘buat’ muka walhal kawan baik sendiri dah ‘pecah lubang’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI