fbpx

Nenek menangis lihat abang belon dikasari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR ASMAH (kanan) ditemani Som Ali menunjukkan gambat 'abang belon' yang kini dirawat di Hospital Serdang, Selangor ketika ditemui di Perumahan Awam Kos Rendah Kuala Tembeling di Jerantut hari ini.

JERANTUT – Nenek ‘abang belon’ kecewa melihat cucunya, Mohd. Zaimuddin Azlan dikasari penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam insiden pergelutan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Som Ali, 78, berkata, dia menangis melihat video kejadian itu yang tular di laman Facebook dan TikTok selepas dikirim anaknya, Nor Asmah Mat Isa, 47, semalam.

“Dia (cucu) masih bujang dan tinggal di Sungai Besi, Kuala Lumpur sejak ibunya berpindah ke sana lebih 30 tahun yang lalu.

“Saya terkejut dan sedih melihat cucu diperlakukan sedemikian rupa sedangkan dia hendak mencari rezeki yang halal,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Perumahan Awam Kos Rendah Kuala Tembeling di sini hari ini.

Menurut Som, walaupun cucu dan keluarganya telah lama menetap di ibu negara, namun hubungan mereka tetap rapat dan sentiasa bertanyakan khabar. Mohd. Zaimuddin juga akan pulang ke Pahang setiap kali hari raya.

“Dia sudah berjanji dengan saya dan ibu saudaranya akan pulang ke Kuala Tembeling untuk berpuasa dan menyambut Aidilfitri,” katanya.

Som memaklumkan, dia tidak dapat mengulas lanjut kerana tidak melihat kejadian di depan mata, tetapi sekiranya benar cucunya cedera parah, wanita itu berharap Mohd. Zaimuddin mendapat pembelaan dan keadilan sewajarnya.

Dalam pada itu, ibu saudara mangsa, Nor Asmah Mat Isa, 49, berkata, dia mendapat tahu kejadian menimpa Mohd. Zaimuddin menerusi Facebook dan TikTok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI