SEBELUM ini sudah ada yang bercerita tentang perubahan wajah Scha Elinnea.
Memang Diva perasan ada bahagian yang berubah tetapi tidaklah terlalu ketara. Bagaimanapun baru-baru ini nampak hidungnya semakin mancung.
Perubahan itu jelas dapat dilihat menerusi sebuah video yang dimuat naik sebuah klinik rawatan wajah dalam TikTok baru-baru ini.
Kata netizen, wajah Scha terutama bahagian hidungnya lebih cantik barbanding sebelum ini.
“Orang cantik, tak perlu ubah apa-apa pun memang dah lawa. Stres pula tengok hidung dia.
“Sudah jadi macam lain, kadang-kadang orang boleh jadi obses untuk lebih lawa selepas dihujani pujian.
“Ya Tuhan kenapa jadi macam watak Pinocchio. Sebelum ini Scha sudah cukup cantik,” komen netizen.
Tahap obses setiap individu memang berbeza, kalau terlalu taksub memang boleh makan diri.
Harap Scha tak buat perubahan secara berlebih-lebihan lagi ya. Risau tak kenal pula kalau jumpa kat luar.
DIVA: Ramai puji Diana Danielle dan Farid Kamil sebab tak berebut hak penjagaan anak.