fbpx

Lepas hajat mengidam mi sup, wanita terus bersalin tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi wanita tersebut melahirkan anak. - DetikJatim

JAKARTA – Seorang wanita di Ponorogo, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian ramai selepas melahirkan anak di bahu jalan setelah membeli mi sup yang diidam, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di Jalan Baru, daerah Sukorejo kelmarin. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @Ponorogo_trending memaparkan wanita bernama Rohmawati, 21, bersalin di tepi jalan dengan bantuan penduduk tempatan. 

Dia bersalin ketika si suami menunaikan keinginannya untuk bersiar-siar dan makan mi sup. 

“Isteri saya menangis secara tiba-tiba dan meminta untuk memberhentikan motosikal.

“Rupa-rupanya dia mahu bersalin,” kata si suami. 

Wanita itu selamat melahirkan seorang anak lelaki seberat 1.1 kilogram. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI