fbpx

Lelaki Britain maut beberapa minit selepas lawan Muay Thai 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan Stadium Muay Thai Antarabangsa Samui, wilayah Surat Thani. - The Sun UK

BANGKOK – Seorang lelaki Britain meninggal dunia selepas hanya beberapa minit menyertai perlawanan tinju Muay Thai buat pertama kali di Thailand, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Kejadian berlaku di Stadium Muay Thai Antarabangsa Samui, wilayah Surat Thani pada Jumaat lalu. 

Pertarungan yang bermula sekitar pukul 9.30 malam (waktu tempatan) itu dihentikan pada pusingan ketiga selepas peninju berusia 30 tahun tersebut ditendang di sebelah kanan tulang rusuknya. 

Situasi bertambah cemas apabila mangsa mengalami ketegangan otot, sukar bernafas dan matanya mula melilau sebelum rebah di atas lantai. 

Jurulatih mangsa bergegas melakukan bantuan pernafasan (CPR). Dia kemudian dibawa ke hospital oleh pasukan kecemasan. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 11 malam (waktu tempatan). 

“Bedah siasat dilakukan di Hospital Koh Samui, manakala siasatan sedang giat dijalankan,” tambah polis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI