fbpx

Kerbau ‘manja’ lesap menjelang raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor kerbau yang dibela bukan untuk tujuan jualan lesap dalam kejadian di Pedas, Rembau dua hari sebelum sambutan Aidilfitri. - Foto IHSAN media sosial

REMBAU – Seorang bekas tentera berputih mata apabila seekor kerbau peliharaannya hilang dalam kejadian di Pedas, di sini kira-kira 48 jam sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pemakluman itu dibuat oleh keluarga mangsa yang bimbang sekiranya orang ramai terbeli ternakan curi tersebut yang berkemungkinan dijual pada harga rendah sempena raya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita berusia lingkungan 60-an yang dibuat di Balai Polis Pedas tengah hari semalam.

“Kejadian disedari pada pukul 6.30 pagi semalam. Mangsa mendapati kerbau betina yang dibela ‘manja’ sejak tiga tahun lalu telah tiada. Tali yang digunakan untuk menambat kerbau juga dipercayai dipotong.

“Sehari sebelum kehilangan haiwan itu, pemiliknya menambat kerbau pada pokok dan kejadian itu baru pertama kali berlaku,” katanya, di sini, hari ini.

Azmi berkata, pihaknya sudah membuat pemantauan di kawasan sekitar dan usaha mengesan serta menangkap suspek masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI