SEMAKIN berbunga nampaknya hubungan antara pelakon Fattah Amin dan Amira Othman walau kedua-dua mereka saling menangkis spekulasi ramai.
Biarpun mengaku mereka sekadar teman sealiran yang digandingkan untuk menjayakan kempen beberapa jenama, beberapa bayangan menggambarkan kemesraan dua bintang terbabit bukan hanya membabitkan kerja.
Selepas penyanyi berusia 31 tahun itu didakwa mesra dengan ibu Fattah, tersebar pula perkongsian adiknya juga penyanyi, Irfan Haris yang mendedahkan kakaknya semakin berseri-seri kerana mahu melangsungkan perkahwinan.
Perkongsian menerusi video dalam laman sosial itu membuatkan netizen yang sejak awal merestui andai pasangan terbabit bercinta bertambah teruja.
Walaupun Irfan mungkin hanya mahu mengusik memandangkan Amira dan Fattah makin hangat digosipkan tetap ramai mendoakan mereka berjodoh.
Diva pun tumpang bahagia sebab Amira dengan Fattah memang sepadan.
Apatah lagi kedua-dua mereka solo dan mendapat restu ramai peminat serta netizen.
DIVA: Rumah tangga seorang selebriti didakwa berantakan disebabkan cepat naik tangan. Takut!