TAMPIN – Kedatangan bulan Ramadan tahun ini membawa sinar baharu apabila ibu bapa bukan Islam di Tabika Perpaduan Gemencheh Baru, di sini, turut bersedekah.
Gurunya, S Yuhasiny, 26, berkata, situasi itu bermula apabila salah seorang ibu berbangsa India mahu memberi sumbangan biskut dan bijirin buat 11 kanak-kanak berbilang bangsa di tabika tersebut.
“Saya rasa bangga dengan sikap ini sebab sebelum ni saya jadi guru di tabika swasta. Situasinya berbeza sumbangan hanya diberikan jika diminta. Di sini, walaupun berbilang bangsa, mereka semua bagus beri sedekah.
“Hasil sedekah ni diagihkan secara sama rata kepada kanak-kanak. Empat dari kanak-kanak tersebut beragama Islam termasuk seorang anak mualaf berbangsa India,” katanya ketika ditemui di tabika berkenaan, di sini, semalam.
Bagi seorang penjaga, Fenti, 44, dia yang hanya suri rumah telah memberikan sumbangan berupa sayur-sayuran serta buah memadangkan suaminya mempunyai kebun. – KOSMO! ONLINE.