fbpx

Harimau Malaya jangan ‘syok sendiri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU Malaya menunjukkan prestasi positif dalam aksi pertama di bawah kendalian Cklamovski menentang Nepal. - MALAYSIA NT

SKUAD Harimau Malaya tidak boleh terlalu selesa meskipun berjaya memulakan kempen Piala Asia 2027 dengan langkah kanan selepas menewaskan Nepal 2-0 pada aksi Kumpulan F di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri awal minggu ini.

Pandangan tersebut disuarakan oleh bekas penjaga gol skuad kebangsaan, Azizon Abdul Kadir meskipun perubahan taktikal direncanakan barisan kejurulatihan baharu dilihat memberi petanda positif.

Azizon berkata, apa yang penting selepas ini adalah barisan pemain perlu tampilkan prestasi konsisten kerana ujian lebih berat menanti pada aksi akan datang.

“Kita boleh lihat taktikal pasukan agak memberangsangkan tidak kira dari segi serangan atau di benteng pertahanan. Perlawanan menentang Nepal memang nampak kemajuan.

“Cuma saya sering katakan apa yang lebih penting buat skuad kebangsaan adalah kekalkan rentak konsisten. Jika tidak, semua yang kita buat pada awalnya akan jatuh semula.

“Saya percaya kualiti pasukan melibatkan semua pemain perlu berikan peranan, bukan aksi individu. Namun, di peringkat awal kita boleh nampak peningkatan berbanding aksi terdahulu,” katanya.

Harimau Malaya yang kini dalam fasa revolusi telah dikendalikan barisan kejurulatihan baharu dipimpin oleh Peter Cklamovski bagi menggantikan ‘rejim’ ditinggalkan Pau Marti Vicente pada Disember lepas.

Skuad kebangsaan bakal berkumpul semula pada aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam dan Laos pada Jun depan.

Malaysia ketika ini terdesak untuk bersaing di kejohanan elit benua Asia itu buat kali kedua berturut-turut selepas edisi Qatar 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI