PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan beberapa negeri akan mengalami hujan lebat dan ribut petir, esok.
MetMalaysia dalam satu kenyataannya berkata, keadaan berkenaan dijangka akan berlaku pada sebelah pagi di Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak (Sarikei dan Mukah).
Ujarnya, pada sebelah petang cuaca buduk dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, timur Johor, Sarawak (bahagian Kapit dan Miri) dan Sabah (Sandakan Tawau dan Kudat).
Sementara itu pada sebelah malam, keadaan tersebut dijangka akan berlaku di negeri Pahang dan Sabah (Tawau).
Bagaimanapun menerusi kenyataan sama, MetMalaysia turut memaklumkan negeri-negeri lain dijangkakan tidak mengalami keadaan tersebut pada waktu yang dinyatakan. – KOSMO! ONLINE