fbpx

Djokovic hampiri gelaran karier ke-100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC menunjukkan reaksi puas selepas menundukkan lawannya untuk mara ke final Terbuka Miami malam ini. - AFP

MIAMI – Novak Djokovic semakin hampir mencipta sejarah apabila mara ke final Terbuka Miami selepas menewaskan Grigor Dimitrov 6-2, 6-3 semalam dan berpeluang merangkul gelaran ke-100 dalam kariernya jika memenangi perlawanan akhir malam ini.

Pada aksi final, Djokovic akan berdepan bintang muda Republik Czech, Jakub Mensik sekali gus menjadikannya sebagai pilihan utama untuk sekali lagi menjulang trofi berprestij itu.

Meskipun Dimitrov memberikan tentangan sengit pada awal permainan, Djokovic bangkit dengan mendominasi perlawanan dengan mematahkan servis lawannya dua kali dalam set pertama, sebelum menutup kemenangan dengan servis kencang.

“Selepas permainan pertama, di mana saya tidak melakukan sebarang kesilapan dan Dimitrov bermain dengan luar biasa untuk mematahkan servis saya. Segalanya terus berada dalam rentak permainan saya selepas itu,” kata Djokovic.

Rekod Djokovic ke atas Dimitrov kini bertambah kukuh kepada 13-1 sepanjang karier mereka dan dalam aksi separuh akhir itu, dia mempamerkan ketajaman servisnya, hanya gagal enam kali pada servis pertama, melakukan lima ace dan cuma satu double fault.

Sepanjang kariernya, Djokovic telah menyertai 307 kejohanan Jelajah ATP dengan meraih 99 gelaran selain memegang rekod 24 kejuaraan di pentas Grand Slam menjadikannya pemain lelaki paling berjaya dalam sejarah kejohanan utama itu.

Legenda tenis Amerika Syarikat, Jimmy Connors masih memegang rekod tertinggi dengan 109 gelaran, diikuti Roger Federer menerusi 103 kejuaraan.

Jika Djokovic menang malam ini, dia juga akan memecah rekod Andre Agassi sebagai pemain dengan kejuaraan terbanyak dalam sejarah Terbuka Miami. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI