PETALING JAYA – Tindakan seorang penunggang motosikal yang ‘mengamuk’ selepas terlanggar cermin sisi sebuah kenderaan hingga terjatuh mendapat kecaman ramai.
Menerusi video yang tular di aplikasi X, lelaki itu dilihat menungang motosikal dipercayai secara laju hingga terlanggar cermin sisi kereta Perodua Kenari.
Akibatnya penunggang motosikal terbabit terlanggar sebuah lagi kereta sebelum terbabas ke tepi jalan.
Penunggang tersebut kemudian dilihat bangun dan meluru ke arah Perodua Kenari dan bertindak menumbuk cermin bahagian pemandu berkali-kali.
Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam tindakan penunggang motosikal tersebut.
“Malu bila jatuh motor tanpa sebab tapi lagi malu tumbuk cermin berkali-kali tak pecah,” kata Opie.
“Dia yang buat salah dia cari masalah lagi,” kata Pemburu Ringgit. – KOSMO! ONLINE