fbpx

Buaya berenang sambil heret mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan mangsa dibaham seekor buaya di Pantai Talise pada Khamis lalu. - ViralPress

JAKARTA – Seorang lelaki berusia 51 tahun maut selepas dibaham seekor buaya gergasi ketika mandi-manda di sebuah pantai di wilayah Sulawesi Tengah, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Kejadian berlaku sekitar pukul 7.15 pagi (waktu tempatan) di Pantai Talise pada Khamis lalu. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial memaparkan buaya itu berenang dalam air sambil menggigit tubuh mangsa bernama Sadarwinata. 

Pesuruhjaya Kanan Polis Palu, Deny Abrahams berkata, mangsa diserang ketika berenang di perairan cetek. 

“Menurut keterangan saksi, mangsa berenang terlalu dekat dengan buaya yang sudah muncul di sekitar pantai. 

“Orang ramai cuba memberikan amaran tetapi tidak didengari oleh Sadarwinata. 

“Pegawai terpaksa melepaskan tembakan ke reptilia tersebut untuk membebaskan mangsa. 

“Mayatnya dibawa ke Hospital Bhyangkara untuk bedah siasat,” tambah Deny. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI