fbpx

Baju Melayu warna apa Tan Sri Syed Danial pakai umum raya? 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Syed Danial ketika pengumuman puasa pada tahun ini.

PETALING JAYA – Orang ramai mula berteka-teki mengenai warna baju Melayu yang akan dipakai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad ketika pengumuman Aidilfitri malam ini.

Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata pengguna gementar untuk mengetahui tarikh sambutan Aidilfitri bagi umat Islam di negara ini.

“Tahun ini tak tertanya baju warna apa beliau pakai sebab lebih gementar nak tahu bila raya. Tolonglah hari Isnin raya,” kata Syura.

“Aku teka esok (malam ini) warna baju Tan Sri Syed Danial adalah olive green (hijau zaitun),” kata Akid.

“Saya teka Tan Sri pakai baju warna ‘viral’ rich brown,” kata Ann.

“Teruja nak tengok Tan Sri pakai baju warna apa, dah jadi tradisi keluarga kami teka warna baju. Tahun ini saya teka warna coklat,” kata Ida.

Terdahulu, tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada 30 Mac bersamaan 29 Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata, ia perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas diperkenankan Raja-Raja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI