fbpx

Arsenal ‘harap’ 4 tonggak Real digantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE (kiri) antara pemain Real yang berpotensi dijatuhkan hukuman penggantungan oleh UEFA, sekali gus terlepas aksi menentang Arsenal. - AFP

LONDON – Arsenal mendapat berita gembira apabila berpotensi menentang Real Madrid yang berkemungkinan besar kehilangan empat bintang untuk aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bulan depan.

Kylian Mbappe, Vinicius Junior, Antonio Rudiger dan Dani Ceballos antara empat pemain Real yang berdepan penggantungan perlawanan jika didapati bersalah oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

UEFA dikatakan telah menjalankan siasatan terhadap tindakan keterlaluan mereka meraikan kemenangan ke atas Atletico Madrid pada aksi timbal balik pusingan 16 terbaik di Stadium Metropolitano awal bulan ini.

Rudiger berkemungkinan dijatuhkan hukuman paling berat selepas dikesan membuat isyarat lidah terhadap para penyokong Atletico sewaktu penentuan sepakan penalti.

Mbappe pula dilihat memegang alat sulitnya ke arah penyokong Atletico sebelum dia menunjukkan lencana Real, manakala Ceballos dirakam membuat isyarat lucah sewaktu berjalan masuk ke terowong pemain.

Keempat-empat pemain termasuk Vinicius didakwa sengaja melakukan provokasi yang boleh menyebabkan mereka dijatuhkan hukuman sama ada bayaran denda atau digantung perlawanan.

Pada 2019, Cristiano Ronaldo didenda oleh UEFA sebanyak €20,000 (RM95,573) kerana gaya jaringan yang berbaur lucah ketika Juventus menewaskan Atletico Madrid.

UEFA juga telah mendenda Real sebanyak €30,000 (RM143,331) pada Februari tahun ini disebabkan laungan lucah daripada sebahagian penyokongnya terhadap pengurus Manchester City, Pep Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI